you are visitors numbers :
hit counters

17 September 2013

اللهم إنا نعوذ بالله من الشيطان الرجيم...


Saya pernah ditanya soalan, "ustaz Imam Muda, kita tahu yang rezeki tu Allah yang bagi, tapi kenapa bila kita nak bersedekah rasa berat je nak keluar duit, biasanya kita cuba untuk bagi jumlah yang sedikit. Tapi bila kita makan, shopping, kita tak kisahpun belanja kita banyak mana. Kenapa ye ustaz Imam Muda?"

Soalan ni bagus untuk saya sendiri sebenarnya. Saya juga tersentak dengan soalan ni.

Saya jawab: sebab kita belum betul-betul yakin yang rezeki itu Allah yang bagi. Memang kita tahu, tapi kita tidak yakin. Bukankah Allah sebut "barangsiapa yang bersyukur pasti akan Ku-tambahi. Barangsiapa yang kufur ingatlah sesungguhnya azabku amatlah pedih".

Yang selalu rasa gelisah bila nak berinfak tu disebabkan tipu daya Syaitan. Syaitan kata jangan sedekah nanti tak cukup itu, tak cukup ini...

Rupanya kita, termasuklah saya sendiri masih yakin dengan Syaitan berbanding Allah Taala...kita masih memperhambakan diri kita kepada Syaitan tanpa kita sedari..

اللهم إنا نعوذ بالله من الشيطان الرجيم...

No comments:

Post a Comment