Kalau bekas teman lelaki ajak kita couple balik, apa reaksi korang? Seronok, excited atau meluat sangat-sangat? Adakah korang rasa macam korang ni barang yang suka-suki je orang nak guna. Waktu perlu, dia jaga kita. Bila dah bosan dia letak kita merata-rata dan bila rasa rindu balik, tanpa segan silu dia pungut semula.
Yucks. Saya yang tulis ayat atas ni. Saya sendiri rasa nak mual.
Mintak dijauhkan kalau dapat teman lelaki macam ni. For me, macam ala-ala psiko jugaklah. Kan? Hello babe, mana ada orang yang waras yang sanggup dah ludah jilat balik. Dah “buang” kita, lepas tu dengan muka slumber ada hati nak kan kita balik. ..
Kalau tanyakan pada saya. Ok. Jawapan saya no! Why? Entah, sebab saya memang begitu. Sekali orang buang, jangan harap nak ajak saya balik. Maybe sebab saya sudah diajarkan dengan family soal maruah diri agaknya sedari kecil.pada saya, kita punya harga diri. Mungkin betul. Soal hati tak boleh nak main-main. Mungkin ada benarnya si dia tu punya niat yang baik untuk bersama dengan kita semula. Fine lah kalau case nya begitu. Tapi, tetap jugak agak susah for me lah nak accept. hehehe.
Bukan berdendam. Cuma, dalam hati saya akan terfikir. Kenapa sebelum putus, dia tak boleh nak fikir panjang? Kenapa sebelum putus dia tak boleh bersabar sikit, kenapa sebelum putus dia tak fikir apa yang akan terjadi dengan kita selepas itu, kenapa sebelum putus dia selfish?
Korang, punya hak masing-masing bukan? Terpulanglah. Fikir mana yang terbaikla untuk diri masing-masing.
kalau org itu perempuan?
ReplyDeletesamela..dah dibuang dah diludah kenapa nak kutip & ambil blik kan..huhu..if i lelaki pon ,gf merayu blik i said no..^^
ReplyDelete